Konsep Muzium Dalam Perspektif Barat dan Isu Kearifan Tempatan Melayu-Islam: Satu Sorotan Awal

Main Article Content

Ab Halim Ismail
Rahimin Affandi Abdul Rahim
Ibrahim Majdi Mohamad Kamil

Abstract

Ilmu dan konsep muzium telah berkembang dalam dunia barat khususnya dalam era modenisme. Malah, konsep muzium pada masa kini termasuk di Malaysia banyak dipengaruhi oleh worldview Barat. Barat telah menjadikan muzium sebagai pusat kebudayaan dan pelancongan. Perkara ini juga mula mempengaruhi negara-negara lain termasuk Malaysia. Hal ini berlaku apabila negara yang telah dijajah oleh Barat telah dipengaruhi oleh ilmu kolonialisasi. Di Malaysia, meskipun ilmu dan konsep muzium yang bersifat saintifik dilihat bersesuaian dengan konsep muzium masa kini, masalah yang timbul adalah apabila asas ilmu muzium barat ini bersifat positivisme dan sekularisme yang bercanggah dengan ilmu Islam. Perkara ini menyebabkan timbulnya kesedaran bagi mewujudkan ilmu muzium dari sudut kearifan tempatan. Oleh yang demikian, kajian ini menggunakan konsep dekolonisasi iaitu konsep yang merupakan respons terhadap kolonialisasi. Kajian ini juga ingin memfokuskan terhadap konsep muzium dari sudut kearifan tempatan Melayu Islam yang sesuai diaplikasikan dalam konsep dan ilmu muzium di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa Islam bukanlah sebagai agama yang anti-muzium seperti didakwa oleh Barat malah Islam amat menitikberatkan pengumpulan bahan artifak, malah hal ini diamalkan sejak sebelum era penjajahan lagi. Perbezaannya adalah apabila Islam tidak mengunakan konsep museologi yang diperkenalkan Barat. Oleh yang demikian, kajian ini menolak teori bahawa Islam ialah agama yang bersifat anti-muzium dan Islam sebagai agama yang tidak mesra muzium.


Kata kunci: Muzium, kolonialisasi, dekolonialisasi, kearifan tempatan, Melayu-Islam

Article Details

How to Cite
Konsep Muzium Dalam Perspektif Barat dan Isu Kearifan Tempatan Melayu-Islam: Satu Sorotan Awal. (2025). MINDEN Journal of History and Archaeology, 2(1), 179-194. https://ejournal.usm.my/mjha/article/view/4957
Section
Articles