Azmi Arifin, Ahmad Fauzi Abdul Hamid, dan Nurulhasanah Abdul Rahman (2026), Islam Dalam Arus Sejarah: Perjuangan Politik dan Dakwah. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. 290 pages. [ISBN: 9786294600355]
Main Article Content
Abstract
Buku suntingan bertajuk Islam Dalam Arus Sejarah: Perjuangan Politik dan Dakwah merupakan sebuah buku yang menjelaskan peranan Islam dalam perkembangan sejarah Malaysia. Peranan ini tidak hanya ditelusuri dalam aspek politik tetapi merangkumi aspek yang lebih luas termasuklah pemikiran, pentadbiran dan ketamadunan. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama memfokus pada aspek sejarah, manakala bahagian kedua memfokus kepada cabaran-cabaran semasa. Tulisan ini akan mengulas dengan lebih lanjut tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini. Hasil penelitian dari ulasan ini mendapati, arus Islam itu dapat terus dilihat dalam situasi masyarakat di Malaysia. Pengaruhnya bukan sahaja dilihat dalam politik dan pentadbiran tetapi meresap masuk ke dalam masyarakat dalam hal pemikiran dan kebudayaan.