Pola Tabiat Penggunaan Spotify Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Main Article Content

Intan Soliha Ibrahim
Cynthia Debra Jenuwin

Abstract

Penggunaan muzik dalam kalangan masyarakat mengalami perubahan apabila radio bukan lagi menjadi satu-satunya medium yang menawarkan perkhidmatan muzik kepada pelanggannya. Kemunculan Podcast yang dibawa oleh platform Spotify pada tahun 2006 dikatakan sebagai gangguan kepada industri radio. Namun, andaian tersebut ternyata tidak benar apabila Spotify telah menerima kritikan selepas mengubah modus operandi perniagaannya. Di sebalik kritikan tersebut,  senario penggunaan Spotify di Malaysia mula rancak pada tahun 2019. Oleh itu kajian ini meneroka penggunaan Spotify dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini menerusi penggunaan servei. Dapatan kajian melibatkan seramai 375 responden menunjukkan 100% penggunaan perisian tersebut. Majoriti pengguna bersetuju bahawa Spotify digunakan untuk menenangkan fikiran.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ibrahim, I. S., & Jenuwin, C. D. . (2023). Pola Tabiat Penggunaan Spotify Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Journal of Contemporary Issues in Media & Communication (JCIMC), 3(1), 29-47. https://ejournal.usm.my/jcimc/article/view/4540
Section
Articles

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.