Tingkah Laku dan Impak Penggunaan Tiktok dalam Kalangan Belia di Lawas: Satu Tinjauan Berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang
pdf

Keywords

TikTok
Tingkahlaku
TPB
Lawas
Media Baharu

How to Cite

Ibrahim, I. S., & Takung Peter, E. . (2025). Tingkah Laku dan Impak Penggunaan Tiktok dalam Kalangan Belia di Lawas: Satu Tinjauan Berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang. Journal of Contemporary Issues in Media & Communication (JCIMC), 5(1), 82-104. https://ejournal.usm.my/jcimc/article/view/5107

Abstract

Globalisasi dan pendigitalan telah membawa perubahan kepada medium media berasaskan Internet. Pelbagai medium media sosial telah muncul seperti Facebook, Instagram, X, Lemon8, dan TikTok. Ini telah menjadikan media sosial sebagai sebuah medium yang paling kerap diakses oleh pengguna. Aplikasi TikTok telah muncul sebagai salah satu platform media sosial yang paling dominan dalam kalangan belia di seluruh dunia, termasuk di kawasan luar bandar seperti Lawas, Sarawak. Kajian ini bertujuan untuk menilai corak penggunaan, impak serta kecenderungan tingkah laku pengguna TikTok dalam kalangan belia di Lawas. Kerangka Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned Behavior, TPB) digunakan sebagai asas utama dalam kajian ini. Teori ini telah diasaskan oleh Ajzen. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 226 responden yang berumur antara 15 hingga 40 tahun yang dipilih secara rawak melalui borang soal selidik dalam talian. Data yang dikumpulkan dari kutipan data diproses menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti belia menggunakan TikTok dengan kekerapan yang tinggi. Penggunaan aplikasi ini didapati memberi kesan yang ketara terhadap masa pembelajaran, hubungan sosial, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasakan turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi niat serta perlakuan pengguna terhadap aplikasi tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa walaupun TikTok menawarkan ruang luas kepada ekspresi diri, hiburan dan pembangunan kreativiti, penggunaannya yang berlebihan berpotensi mendatangkan kesan negatif jika tidak dikawal. Oleh itu, peningkatan penggunaan TikTok dalam kalangan belia kekal positif, seimbang dan memberi manfaat kepada pembangunan diri serta kesejahteraan sosial belia. Secara tidak langsung, TikTok telah membawa perubahan sosial dalam kalangan generasi belia secara umumnya dan spesifik di Lawas.

pdf