Tinjauan Awal Penerimaan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Terhadap Radio Kampus UMS
Main Article Content
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerimaan pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap radio kampus milik universiti tersebut dan peranannya. Radio milik Universiti Malaysia Sabah telah mengalami penjenamaan semula sebanyak dua kali dari ia ditubuhkan pada tahun 2010. Namun, sepanjang ia ditubuhkan, kajian mengenai penerimaan dan peranan radio tersebut adalah terhad. Maka timbul persoalan, masihkah ada yang mendengar radio kampus? Adakah ia diterima baik oleh pelajar universiti? Apakah intervensi yang perlu dilakukan oleh pihak radio kampus sekiranya penerimaan pelajar adalah sebaliknya?
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan seramai 357 orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang positif pada kadar lemah disebabkan ramai yang masih tidak mengetahui tentang kewujudan radio kampus. Oleh itu radio kampus perlu berani dan keluar daripada kepompong selesa jika ingin memastikan keberkesanan dan kejayaan radio tersebut. Pelajar sepatutnya memanfaatkan kemudahan radio yang disediakan oleh pihak universiti. Selain itu, radio kampus juga perlu lebih berani melakukan perubahan dan menambahbaik penggunaan teknologi sedia ada.

Downloads
Download data is not yet available.
Article Details
How to Cite
Zainal Abidin, N. S., & Ibrahim, I. S. (2022). Tinjauan Awal Penerimaan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Terhadap Radio Kampus UMS. Journal of Contemporary Issues in Media & Communication (JCIMC), 1(1), 075-094. https://ejournal.usm.my/jcimc/article/view/147
Section
Articles