Abstract
Artikel ini memajukan idea mengenai Dain Said sebagai pengarah auteur dengan melihat kepada tiga aspek iaitu teknik, gaya peribadi (personal style), dan makna dalaman (interior meaning) sebagaimana dibincang oleh Andrew Sarris. Dari sudut teknik, Dain Said memahami proses menyampaikan cerita melalui penggunaan teknik kamera serta mise-en-scene yang mempengaruhi keseluruhan penceritaan. Dari sudut gaya peribadi, artikel ini menghujahkan bahawa Dain Said menggunakan mitologi sebagai tema utama yang melatari hampir semua filem arahannya. Dari sudut makna dalaman, artikel ini juga akan membuktikan bahawa terdapat pertentangan utama dari sudut artistik dan keperluan komersial yang ingin dicapai. Berdasarkan hujah dan perbincangan dari tiga aspek ini, artikel ini menghujahkan bahawa genre, gaya pengarahan, dan tema yang dipaparkan dalam filem-filem Dain Said berupaya menobatkan beliau sebagai pengarah berstatus auteur.